Followers

Sunday, August 6, 2017

Tamat Tahun 1 Syariah Islamiah

Aku masih nak ucapkan lagi tahniah buat diri aku sebab dah berjaya habiskan Tahun 1 dengan pangkat Jayyid alhamdulillah. Rezeki yang Allah berikan pada aku tak mampu aku luahkan selain kesyukuran yang melampau, alhamdulillah.
Nihlah keputusan saya hehe.
Sebenarnya bila nak cerita tentang kenapa aku begitu terkesan dengan pengalaman Tahun 1 aku kat Mesir memang akan panjang dan terlalu panjang. Sampai hari nih masih terkesan rasa beban jiwa jerit perih dan terngiang ngiang tangisan aku sepanjang Tahun 1 Syariah Al-Azhar. Jalan yang aku lalui aku rasa terlalu sukar dan payah sehingga membuatkan aku beberapa kali berkeputusan untuk berhenti di Al-Azhar. Mak lah yang banyak memberi semangat dan kata dorongan buat diri aku terus kuat untuk menghadapi sepanjang bulan 10 2016 hinggalah ke bulan 6 2017.
Aku sebenarnya dah expect yang exam di Al-Azhar payah namun disebabkan ini adalah langkah pertama alam universiti membuatkan aku agak blur dan tak pasti nak menyusun jadual dan waktu dengan baik.
Antara cabaran besar selama aku belajar adalah aku masuk kelas yang dipenuhi dengan pelajar hampir 600 ke 700 orang setiap kali kelas kecuali kelas yang membahagi mazhab seperti kelas Usul Fiqh dan Fiqh Mazhab yang membahagi antara pelajar Mazhab Hanafi dan Bukan Hanafi. Kadang kami terpaksa berdiri hampir 2 jam untuk sesebuah kelas disebabkan tak cukup tempat duduk. Bukan sekadar itu sahaja malahan kami terkadang terpaksa berhimpit seperti tin sardin dan ada pelajar yang mengambil keputusan untuk duduk diatas meja atau atas meja dokturan. Cabaran yang besar bagi aku.
Cabaran kedua adalah kefahaman sepanjang dokturah mengajar di dalam kelas. Aku rasa sepanjang kuliah yang aku lalui, hanya 10% ke 15% sahaja yang aku faham selebihnya hanya mengangguk sahaja. Tapi tak dapat dinafikan walaupun tak faham, kehadiran ke kuliah memang membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
Hari yang paling memberi tekanan pada aku adalah ketika sepanjang fasa exam. Selalunya kuliah akan mula tutup 2 minggu sebelum exam bermula. Tekanan aku rasai memandangkan dari kitab-kitab kuliah, aku rasa tak faham apa langsung yang aku belajar. Terdapat kekangan untuk mencari guru tuto bagi mengajar kami dalam bahasa Melayu seperti translate kembali kitab dokturah itu dan hasilnya kefahaman alhamdulillah dapat dicapai namun bukan hafalan. Sepatutnya hafalan perlu dimulakan sebulan sebelum exam tapi dengan dengan keadaan seperti ini kadang seminggu sebelum exam baru mula menghafal dan situasi antara sebab utama pelajar tertekan. Exam di Al-Azhar bukan seperti di Malaysia. Pelajar takkan mampu untuk membuat analisis soalan tahun lepas atau soalan spot kerana soalan adalah semata-mata ikut dokturah. Kadang bila pagi tu kami nak exam, maka baru pagi tu jugak dokturah buat soalan dengan kata nama lain setiap buku yang dipelajari wajib untuk dihafal tanpa ada sebarang pengecualian.
Tambahan lagi, aku rasa antara sebab tekanan itu datang dari diri aku sendiri yang tak mampu untuk menguruskan masa dan jadual aku menyebabkan aku rasa serabut dan akhirnya apa pun aku tak faham. Kesannya aku terlalu tertekan dan nak balik Malaysia sekaligus berhenti belajar. Ada satu ketika, dimana masa tu ada seminggu senggang waktu antara subjek untuk menghafal subjek Ulum Hadis tetapi aku sepanjang itu hanya termenung dan kalau hafal pun aku tak ingat apa yang aku hafal. 3 hari sebelum exam tu, aku menangis sepanjang hari dan akhirnya meminta bantuan kawan aku untuk bagi semangat. Terima kasih Ayep. Aku terhutang budi padanya. Situasi exam Ulum Hadis antara yang paling teruk aku hadapi.
Selain itu aku agak tertekan dengan kawan-kawan yang terlalu pandai dan yang gifted sebab masa sem 1 aku payah nak faham sedangkan kawan-kawan lain mudah ja faham dan hafal subjek. Bukan aku jeles dengan mereka tapi cuma muncul dalam benak aku “Kenapa aku tak faham pun subjek nih, kenapa depa len mudah ja nak faham?”
Itulah masa-masa yang aku hadapi sepanjang sem 1 bersama 5 subjek iaitu English, Nahu Sorof, Tarikh Tasyrik, Ulum Hadis dan Tafsir Ayat Ahkam.
Oleh sebab pengalaman dari Sem 1 maka aku ambil keputusan untuk mula awal bagi Sem 2 tambahan lagi aku buat keputusan untuk pulang Malaysia pada akhir bulan 3.
Kami semua belajar dari pengalaman dan mula kelas tuto awal untuk memahami setiap subjek dengan baik. Alhamdulillah. Jadi bagi diri aku, cabaran terbesar kerana aku ‘tuang’ 2 minggu kelas sebab balik Malaysia akhir bulan 3 sedangkan pada waktu tulah klimaks setiap kelas sebab dokturah akan menamatkan kuliah untuk bagi laluan pada exam yang akan dibuat pada akhir bulan 4. Aku terlepas 3 kelas subjek akhir dan perlu lebih semangat menggesa diri untuk mengejar subjek-subjek yang tertinggal.
Cabaran exam Sem 2 adalah pada ujian Syafawi yakni ujian lisan. Aku adalah manusia yang sentiasa gemuruh jadi ujian lisan memang menakutkan pada aku. Ujian lisan terdiri pada 4 madah iaitu Al-Quran Juzu 1, Fiqh Mazhab, Fiqh Muqoron dan Usul Fiqh.
Waktu down aku masa exam Sem 2 adalah ketika exam Tauhid. Aku sangat suka belajar Tauhid meskipun aku tak ambil Usuluddin. Target aku untuk Tauhid adalah mumtaz(cemerlang) tetapi aku tak sempat untuk menghafal semua topik dalam madah Tauhid dan aku buat keputusan untuk target beberapa soalan yang mungkin masuk dalam exam. Itulah kesilapan aku yang terbesar sebab semua yang aku target hanya 2 sahaja yang masuk selebihnya aku terpaksa 'goreng’ ayat sendiri. Balik tu aku cuba menahan air mata sebab sedar benda dag berlaku dan kesilapan itu datang dari aku namun aku tak mampu menghalang kesedihan diri dan akhirnya aku buat keputusan untuk ke Masjid dan Makam Syeikh Soleh Ja'fari untuk menenangkan hati yang rawan bersama Cik Qis. Aku perlu kuat sebab selepas itu aku masih ada subjek yang dipertaruhkan.
Antara waktu lain yang sukar adalah ketika exam Tahriri(bertulis) subjek Fiqh Muqoron. Kejadian hampir sama berlaku ketika exam Ulum Hadis masa sem lepas. Aku start menghafal Fiqh Moqoron masa malam exam iaitu 12 jam sebelum exam. Fiqh Muqoron terlalu banyak topik dan sub topik membuatkan aku blur dan tak tau nak mula kat mana. Itulah yang membuatkan aku tekanan haha.
Entah kenapa aku memang sangat terkesan dengan semua nih. Mungkin sebab selama aku belajar di sekolah rendah mahupun maahad dahulu aku tak pernah hadapi waktu-waktu yang terlalu sukar seperti ini. Ini pertama kali aku hadapi disamping aku jauh dari mak ayah aku. Inilah pengalaman yang aku takkan lupakan sampai bila-bila hahaha.
Moga tahun 2 bulan 10 ini aku akan hadapi dengan lebih baik bersama-sama kawan-kawan lain. Doakan aku dan kawan-kawan sentiasa bersama atas jalan Islam, in sha Allah. :’)

Tuesday, August 1, 2017

Kenduri First In my Batch

Bulan lepas telah berlalu dengan baik sekali. Buat tahun ini aku rasa aku dah melalui cuti-cuti yang menarik dari awal Julai sehingga hari ke tiga puluh satu.

          Perkara pertama yang aku buat mestilah menghadiri kenduri Amzar dan Nisa di Balik Pulau, Pulau Pinang. Sebenarnya niat aku tahun ini, aku tak mahu pulang ke Malaysia dan ingin menghabiskan cutiku di Mesir tapi masa sebelum raya hari tu aku ada dm Nisa di Instagram  untuk mengucapkan tahniah dan dia agak bersungguh-sungguh menjemput aku dan kawan-kawan yang lain ke kenduri mereka.

          Aku pada mulanya agak keberatan nak pergi. Memang niat nak pergi tu ada tapi agak keberatan sebab perkenalan aku dan Nisa agak singkat dengan kata nama lain kami hanya berkenalan ketika awal tingkatan 6 di Maktab Mahmud Alor Setar. Nisa memang ramah orangnya. Walaupun hanya berkenalan gitu-gitu sahaja tapi kami semua mampu berborak banyak bila berjumpa di luar pagar rumah kerana dia yang sememangnya ramah hahaha.

          Aku dan kawan-kawan yang lain datang menaiki KTM kecuali Cik Aiman yang datang dengan ayahnya. Aku, Cik Farz, Cik Has dan Cik Mai datang sekali naik KTM dan seterusnya naik feri ke Balik Pulau, Satu pengalaman yang sangat menarik sebab ini adalah kali pertama aku berdikari sendiri naik KTM dan feri di jeti hehehe. Kemudian Cik Dayah akan mengambil kami berempat di kawasan jeti dan kami akan bermalam di rumah Cik Dayah selama 3 hari.

First time naik KTM. Teruja tak tau nak habaq hahaha.


          Kami berlima termasuk Cik Aiman sampai selepas Asar di rumah Cik Dayah dan petang itu kami dijamu dengan spagetti bolongnese dan kek coklat. Pada malam itu, kami berenam bergerak ke Padang Kota Lama memandangkan semuanya dah lama tak menjejak kaki di kawasan Balik Pulau. Esok pagi tu, kami bergerak awal untuk berkenduri di kenduri Nisa. Untuk memudahkan perjalanan kami buat keputusan untuk sewa kereta Alza untuk sehari semalam.


Muka tak sabar untuk kenduri. Eksited nak tengok Amzar dan Nisa atas pelamin haha.

Kenduri belah Nisa bersama kawan-kawan satu maahad dulu. 
Berpeluh eden dan yang lain semata nak bergambar saja pun hahaha. 
Apa-apa pun makanan memang best. 
Tahniah Nisa dan Amzar 8/7/2017.

Kenduri belah Amzar 9/7/2017.

Alhamdulillah dapat jumpa my beloved ustaz-ustaz.


           Aku rasa Nisa memang ditakdirkan untuk Amzar. Seperti yang aku ketahui mereka berkenalan sejak di sekolah rendah lagi dan memang dah diusik sebagai pasangan ketika di sekolah rendah, apabila menginjak ke sekolah menengah mereka sudah berhenti berhubung memandangkan masing-masing sibuk dan mereka mula berbual kembali ketika di tingkatan 5 dan 6. Okay nih cerita sebenarnya dari kawan-kawan aku yang aku dengar sendiri dari kawan sekolah rendah Nisa sekaligus kawan sekelas aku ketika di sekolah menengah iaitu Cik Dayah. Kalau salah cerita Cik Dayah nih, salah jugak lah cerita aku errr hahaha.

           Okay berbalik pada asal usul apa yang aku nak cerita memang Nisa ditakdirkan untuk Amzar. Aku dapat lihat bahawa mereka memang pasangan yang sangat sesuai dan melengkapi antara satu sama lain. Ini bukanlah pendapat aku seorang tapi memang kebanyakkan kawan-kawan yang lain juga berpendapat sebegitu rupa. Antara yang paling ketara, Amzar seorang yang sangat senyap manakala Nisa sangatlah ramah orangnya. Hahaha. Benda-benda lain yang melengkapi aku tak pasti la pulak.

          Apa-apa pun buat Amzar dan Nisa, selamat melayari bahtera perkahwinan. Moga mahligai cinta yang dibina bertunjangkan agama ini akan sentiasa dilimpahi rahmat, sakinah dan mawaddah. Sebagai pasangan suami isteri, perkara pertama yang paling perlu dijaga ialah kepercayaan terhadap pasangan dan saling memahami. In sha Allah doa sahabat-sahabat lain dan aku adalah sama iaitu agar perkahwinan kalian berdua kekal sehingga ke Syurga in sha Allah ameen. Sesungguhnya kami semua teramatlah gembira untuk hampa berdua lagi-lagi Amzar adalah orang pertama yang mendirikan rumah tangga dalam batch aku hahahaha.

Xoxo,
Cik Gula Cinta.

Friday, July 15, 2016

Konvoi Raya

Assalamualaikum semua. 

Hari nih aku cuma nak berkongsi rasa gembira aku dengan hampa semua, acewah. Kenangan beraya bersama kawan-kawan aku, chia chia chia! 

Qitu hari Selasa raya ketujuh, kawan-kawan aku mai beraya ke rumah aku. Masa tu dalam pukul 12.30 tengah hari, tetiba rumah aku ada orang bagi salam. Aku jenguk kat tingkap nak tengok sapa mai, sekali tengok bestfriend aku, Cik Milia dok bagi salam. Aku terkejut gila time tu, terkejut sangat sangat sangat. Hahahahaha.

Aku apa lagi, amik kunci mangga lari-lari pi bukak pintu rumah. Aku tanya dia, dia mai dengan sapa lagi? Then dia habaq, dia mai dengan kawan-kawan. Aku ingatkan kawan-kawan universiti dia, last-last masa aku amik mangga tu, rupa-rupanya kawan-kawan sekolah aku jugak. Terduduk terus aku time tuh, seriously memang terkejut. "Wow, ramainya hampa!"

Sebab aku terkejut tuh, selama nih rumah aku mana ada kawan-kawan mai rumah. Rumah aku kat pendalaman sikit, kampung-kampung gituh. Jadi, kawan-kawan memang tak tau rumah aku tang mana. Selalu yang mai rumah adalah kawan-kawan rapat yang memang tau rumah aku kat mana macam Cik Milia, Cik Tiah, Cik Mai. Paling rajin mai memang Cik Milia lah. Hehehehe. Cik Tiah dok mai amik aku keluar jalan-jalan. Aku memang sayang gila-gila kat depa nih.

Jadi bila sekali 7 orang mai, aku memang terkejut. Serabai gila aku time tuh sebab aku baru habis masak dan baru habis makan. Nak angkat talam minuman pun tangan aku ketaq-ketaq, hahahahaha.

Then, depa semua ajak aku keluar join beraya rumah kawan-kawan ngan depa. Aku nih terharu gila bila depa ajak, sebab bila balik dari Mesir, memang aku tak rajin keluar. Rajin dok dalam rumah ja. Ada lesen, kereta tak qeti nak bawak tuu yang terperap ja dalam rumah, hehehehe.

Aku pun tanya mak aku, minta kebenaran, mak aku bagi keluar. Pastu aku iron baju, mandi dan kami keluar konvoi 2 kereta. Rumah yang kami pi lepas tu, rumah Cik Farz kat  Pendang (pi beraya jumpa Zahin yang makin comel, hehehe), pastu terus gerak ke Alor Setar, pi rumah Cik Syaz, then pi Dataran kat depan Masjid Zahir untuk amik gambar. Aku eksited gila, hahahaha. Nih first time aku keluar ramai-ramai beraya ngan kawan-kawan. Pengalaman berharga gila, aku memang gembira sangat-sangat. Tercapai sudah salah satu #inMalaysiagoals aku, nak keluar beraya dengan kawan-kawan.

Terima kasih hampa ajak aku keluar sekali. :)


Nih lah gegadis 7 orang yang mai amik aku.




Singgah solat Zohor kat Masjid Yan.







Selpie dengan gegadis kat rumah Cik Farz.




Beraya di rumah Cik Syaz. 
Alhamdulillah mak dia jamu nasi lauk tomyam. Sedap sangat.


























Kat Dataran depan Masjid Zahir.





Thanks hampa, ajak aku sekali. Lagi satu memori indah dah terlukis dalam diari kehidupan aku yang akan aku ingat dan kenang sepanjang hidup aku, in sya Allah. :)


Btw, aku rasa mungkin agak terlambat sedikit tapi aku still nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Moga Allah merahmati kalian semua. Peace and smile :D

Tuesday, March 29, 2016

Muqaddimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku dah lama tak menulis, mungkin sebab aku kekurangan bakat dalam bidang penulisan.
Selalu bila aku nak mula menulis atau menaip sebuah tulisan, dengan idea yang pelbagai dalam kepala, bila aku mula ambil pen nak tulis satu perkataan je tapi lepas tu aku mesti terpaksa berhenti sebab idea hilang, terbang melayang entah ke mana.

Macam sekarang. Write, backspace, write, backspace, write again, backspace again, then I'm give up. Dan akhirnya, aku tak buat apa apa tulisan pun. Huhuhu. Jadi, memang aku rasa aku memang tak dak bakat dalam bidang penulisan.

P/S: Tulisan muqaddimah nih pun dah hampir 3 minggu aku try untuk tulis. Huhuhu.

Tapi sekarang, aku nak try tulis jugak walaupun rasa payah sangat sangat sebab selalu tak dak idea dan tulisan tunggang terbalik. Tu tak tambah lagi dengan typo. Walau apa pun, aku nak try dan kalau boleh tak mau give up dah. Jadi aku renovate balik blog nih, lebih kepada tulisan untuk diri aku sendiri. Macam diary tak diary gituh. Dan untuk hampa(kalau ada) yang nak baca.

Jadi, perkenalkan;

Nama aku Izatun Wardah.
Aku unofficially twenty.
Aku suka baca puisi, suka dengar sejarah, suka travel, suka awan, langit, angin. 
.
.
.
Dan aku kurang mahir dalam penulisan, harap boleh beri tunjuk ajar. *tunduk



Moga setiap apa yang aku tulis dapat memberi manfaat kepada diri aku dan orang lain yang membaca, in sha Allah. Moga-moga.
Jika ada keburukan, harap dijadikan sempadan dan janganlah dicontohi.
Itu sahaja. Terima kasih.

Uhibbukunna jami'an. Ilalliqok. 😍