Followers

Sunday, August 6, 2017

Tamat Tahun 1 Syariah Islamiah

Aku masih nak ucapkan lagi tahniah buat diri aku sebab dah berjaya habiskan Tahun 1 dengan pangkat Jayyid alhamdulillah. Rezeki yang Allah berikan pada aku tak mampu aku luahkan selain kesyukuran yang melampau, alhamdulillah.
Nihlah keputusan saya hehe.
Sebenarnya bila nak cerita tentang kenapa aku begitu terkesan dengan pengalaman Tahun 1 aku kat Mesir memang akan panjang dan terlalu panjang. Sampai hari nih masih terkesan rasa beban jiwa jerit perih dan terngiang ngiang tangisan aku sepanjang Tahun 1 Syariah Al-Azhar. Jalan yang aku lalui aku rasa terlalu sukar dan payah sehingga membuatkan aku beberapa kali berkeputusan untuk berhenti di Al-Azhar. Mak lah yang banyak memberi semangat dan kata dorongan buat diri aku terus kuat untuk menghadapi sepanjang bulan 10 2016 hinggalah ke bulan 6 2017.
Aku sebenarnya dah expect yang exam di Al-Azhar payah namun disebabkan ini adalah langkah pertama alam universiti membuatkan aku agak blur dan tak pasti nak menyusun jadual dan waktu dengan baik.
Antara cabaran besar selama aku belajar adalah aku masuk kelas yang dipenuhi dengan pelajar hampir 600 ke 700 orang setiap kali kelas kecuali kelas yang membahagi mazhab seperti kelas Usul Fiqh dan Fiqh Mazhab yang membahagi antara pelajar Mazhab Hanafi dan Bukan Hanafi. Kadang kami terpaksa berdiri hampir 2 jam untuk sesebuah kelas disebabkan tak cukup tempat duduk. Bukan sekadar itu sahaja malahan kami terkadang terpaksa berhimpit seperti tin sardin dan ada pelajar yang mengambil keputusan untuk duduk diatas meja atau atas meja dokturan. Cabaran yang besar bagi aku.
Cabaran kedua adalah kefahaman sepanjang dokturah mengajar di dalam kelas. Aku rasa sepanjang kuliah yang aku lalui, hanya 10% ke 15% sahaja yang aku faham selebihnya hanya mengangguk sahaja. Tapi tak dapat dinafikan walaupun tak faham, kehadiran ke kuliah memang membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
Hari yang paling memberi tekanan pada aku adalah ketika sepanjang fasa exam. Selalunya kuliah akan mula tutup 2 minggu sebelum exam bermula. Tekanan aku rasai memandangkan dari kitab-kitab kuliah, aku rasa tak faham apa langsung yang aku belajar. Terdapat kekangan untuk mencari guru tuto bagi mengajar kami dalam bahasa Melayu seperti translate kembali kitab dokturah itu dan hasilnya kefahaman alhamdulillah dapat dicapai namun bukan hafalan. Sepatutnya hafalan perlu dimulakan sebulan sebelum exam tapi dengan dengan keadaan seperti ini kadang seminggu sebelum exam baru mula menghafal dan situasi antara sebab utama pelajar tertekan. Exam di Al-Azhar bukan seperti di Malaysia. Pelajar takkan mampu untuk membuat analisis soalan tahun lepas atau soalan spot kerana soalan adalah semata-mata ikut dokturah. Kadang bila pagi tu kami nak exam, maka baru pagi tu jugak dokturah buat soalan dengan kata nama lain setiap buku yang dipelajari wajib untuk dihafal tanpa ada sebarang pengecualian.
Tambahan lagi, aku rasa antara sebab tekanan itu datang dari diri aku sendiri yang tak mampu untuk menguruskan masa dan jadual aku menyebabkan aku rasa serabut dan akhirnya apa pun aku tak faham. Kesannya aku terlalu tertekan dan nak balik Malaysia sekaligus berhenti belajar. Ada satu ketika, dimana masa tu ada seminggu senggang waktu antara subjek untuk menghafal subjek Ulum Hadis tetapi aku sepanjang itu hanya termenung dan kalau hafal pun aku tak ingat apa yang aku hafal. 3 hari sebelum exam tu, aku menangis sepanjang hari dan akhirnya meminta bantuan kawan aku untuk bagi semangat. Terima kasih Ayep. Aku terhutang budi padanya. Situasi exam Ulum Hadis antara yang paling teruk aku hadapi.
Selain itu aku agak tertekan dengan kawan-kawan yang terlalu pandai dan yang gifted sebab masa sem 1 aku payah nak faham sedangkan kawan-kawan lain mudah ja faham dan hafal subjek. Bukan aku jeles dengan mereka tapi cuma muncul dalam benak aku “Kenapa aku tak faham pun subjek nih, kenapa depa len mudah ja nak faham?”
Itulah masa-masa yang aku hadapi sepanjang sem 1 bersama 5 subjek iaitu English, Nahu Sorof, Tarikh Tasyrik, Ulum Hadis dan Tafsir Ayat Ahkam.
Oleh sebab pengalaman dari Sem 1 maka aku ambil keputusan untuk mula awal bagi Sem 2 tambahan lagi aku buat keputusan untuk pulang Malaysia pada akhir bulan 3.
Kami semua belajar dari pengalaman dan mula kelas tuto awal untuk memahami setiap subjek dengan baik. Alhamdulillah. Jadi bagi diri aku, cabaran terbesar kerana aku ‘tuang’ 2 minggu kelas sebab balik Malaysia akhir bulan 3 sedangkan pada waktu tulah klimaks setiap kelas sebab dokturah akan menamatkan kuliah untuk bagi laluan pada exam yang akan dibuat pada akhir bulan 4. Aku terlepas 3 kelas subjek akhir dan perlu lebih semangat menggesa diri untuk mengejar subjek-subjek yang tertinggal.
Cabaran exam Sem 2 adalah pada ujian Syafawi yakni ujian lisan. Aku adalah manusia yang sentiasa gemuruh jadi ujian lisan memang menakutkan pada aku. Ujian lisan terdiri pada 4 madah iaitu Al-Quran Juzu 1, Fiqh Mazhab, Fiqh Muqoron dan Usul Fiqh.
Waktu down aku masa exam Sem 2 adalah ketika exam Tauhid. Aku sangat suka belajar Tauhid meskipun aku tak ambil Usuluddin. Target aku untuk Tauhid adalah mumtaz(cemerlang) tetapi aku tak sempat untuk menghafal semua topik dalam madah Tauhid dan aku buat keputusan untuk target beberapa soalan yang mungkin masuk dalam exam. Itulah kesilapan aku yang terbesar sebab semua yang aku target hanya 2 sahaja yang masuk selebihnya aku terpaksa 'goreng’ ayat sendiri. Balik tu aku cuba menahan air mata sebab sedar benda dag berlaku dan kesilapan itu datang dari aku namun aku tak mampu menghalang kesedihan diri dan akhirnya aku buat keputusan untuk ke Masjid dan Makam Syeikh Soleh Ja'fari untuk menenangkan hati yang rawan bersama Cik Qis. Aku perlu kuat sebab selepas itu aku masih ada subjek yang dipertaruhkan.
Antara waktu lain yang sukar adalah ketika exam Tahriri(bertulis) subjek Fiqh Muqoron. Kejadian hampir sama berlaku ketika exam Ulum Hadis masa sem lepas. Aku start menghafal Fiqh Moqoron masa malam exam iaitu 12 jam sebelum exam. Fiqh Muqoron terlalu banyak topik dan sub topik membuatkan aku blur dan tak tau nak mula kat mana. Itulah yang membuatkan aku tekanan haha.
Entah kenapa aku memang sangat terkesan dengan semua nih. Mungkin sebab selama aku belajar di sekolah rendah mahupun maahad dahulu aku tak pernah hadapi waktu-waktu yang terlalu sukar seperti ini. Ini pertama kali aku hadapi disamping aku jauh dari mak ayah aku. Inilah pengalaman yang aku takkan lupakan sampai bila-bila hahaha.
Moga tahun 2 bulan 10 ini aku akan hadapi dengan lebih baik bersama-sama kawan-kawan lain. Doakan aku dan kawan-kawan sentiasa bersama atas jalan Islam, in sha Allah. :’)

No comments :

Post a Comment